320 KELUARGA DI ENDAU TERIMA KURNIAAN BANTUAN MAKANAN
Seramai 320 keluarga dari kawasan Endau, Mersing melibatkan beberapa kawasan penempatan yang berhampiran menerima kurniaan bantuan makanan dan sumbangan peribadi daripada DYMM Sultan Johor.
Bantuan makanan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) disampaikan Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong kepada Pentadbir Tanah Daerah Mersing, Encik Muhammad Shahril Azizi Abd Gapar, mewakili Pegawai Daerah Mersing.
Encik Muhammad Shahril Azizi turut menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan diatas kurniaan bantuan makanan kepada golongan memerlukan di kawasan Endau.
DYMM Sultan Johor amat menitikberatkan kebajikan rakyat, di mana bantuan makanan disampaikan secara berterusan kepada golongan memerlukan diseluruh daerah di negeri ini.
#sultanjohor
#johor
#royalpressoffice